LAMAN UTAMA


KENALI GESIS

LOGO RASMI GESIS
LOGO RASMI GERAKAN SYUMUL ISLAM (GESIS)
1. Gambar Kitab membawa maksud Al-Quran sebagai sumber rujukan utama dalam proses penyebaran risalah dakwah
2. Warna hijau dan putih melambangkan Rasulullah SAW sebagai contoh tauladan untuk diikuti
3. Tulisan jawi 'IQRA' bermaksud ilmu sebagai rabithah kepada usaha dakwah Islam yang hendak dijalankan
4. Kubah masjid membawa maksud kesyumulan Islam yang ingin disampaikan kepada masyarakat untuk dihayati




MENGENAI GESIS
Gerakan Syumul islam (GESIS) secara rasmi ditubuhkan pada 3 MAC 2003 dengan Al-Fadhil Ustaz Fatah Awang diangkat sebagai Presiden GESIS yang pertama. Nama Gerakan Syumul Islam atau singkatannya GESIS dinukil daripada matlamat penubuhan GESIS itu sendiri iaitu untuk mendaulahkan kesyumulan Islam dengan menggerakkan usaha penyebaran dakwah untuk dihayati oleh umat Islam di Malaysia. Sasaran utama pertubuhan dakwah ini adalah golongan muda-mudi. Kini, setelah 7 tahun bergerak GESIS terus melangkah ke hadapan dan mendekati masyarakat bagi memberi input berguna kepada masyarakat Islam khususnya di malaysia.


GERAKAN SYUMUL ISLAM
(GESIS)

VISI
Ke Arah Penghayatan Kesyumulan Islam

MISI
Mencapai misi pembentukan sebuah generasi Islam yang memahami dan menghayati kesyumulan Islam melalui proses penyebaran dakwah secara kreatif dan berkesan

MOTO
'KESYUMULAN PENGHAYATAN ISLAM'


OBJEKTIF PENUBUHAN
Melahirkan individu-individu muslim yang dapat menghayati dan mempraktikkan kehidupan Islam secara menyeluruh dan semaksima mungkin

Melahirkan jiwa insan yang diisi dengan 'NUR' Islam dan tubuh yang bergerak berlandaskan prinsip keimanan dan ketaqwaan

Melahirkan ummah yang bersahabat dengan Kalamullah (Al-Quran) serta menghidupkan As-Sunnah dalam kehidupan seharian

Melatih dan mempersiapkan golongan daie yang mampu menggerakkan usaha dakwah secara efisyen, jelas lagi terang serta kaya dengan seni dakwah

Melakukan penyelidikan dan penerokaan ke arah mencari alternatif-alternatif baru yang dapat meningkatkan keberkesanan proses dakwah Islam

Menggunapakai teknologi dalam proses penerokaan, penyelidikan, penyebaran dan lain-lain aktiviti

Menfokuskan sasaran dakwah Islam terhadap golongan muda-mudi yang lebih terdedah kepada penyelewengan dan masalah berkaitan Islam

Menjalinkan hubungan baik dengan pihak-pihak kerajaan, parti politik, pertubuhan-pertubuhan bebas serta individu-individu dalam meluaskan skop penyebaran dakwah